I miss him so much….. I not easily cry even at the time I was informed that abah leave us forever. That day, I just cried when I saw him terbujur kaku. The night after pengkebumian abah, when I tried to sleep, the tears just automatically start when I still feel his existence as usual. Abah selalu busy sgt…malam2 bila dia balik, I already dah nak tido so dengar bunyi kereta dia kat depan rumah, dia masuk and letak kunci atas rak and bukak pintu my room….just to check me (normally I dah pejamkan mata tp sedar lagi)...so benda2 tu la yg I teringat sgt that night. Melupakan abah tak mungkin tapi membiasakan diri tanpa kehadirannya kami semua dah mampu lakukan kerana yang pergi takkan kembali, yg hidup perlu terus melangkah ke depan.
This year genap 10 tahun abah pergi… I write this entry bukan about the 10th years anniversary tp bcoz last night…..rasa sebak, jatuh jugak airmata yg mmg susah sgt nak keluar tu….its just happen after a long time…just bcoz teringatkan dia lepas apa yg berlaku mlm tadi.
“….KALAULAH ABAH ADA LAGI” was my last sentence in my sms to my older brother last midnight. Kenapa/ macamana ayat tu boleh keluar biarlah menjadi rahsia. Cuma, masa tu takde benda lain yang terlintas kat kepala melainkan abah. I'm not anak manja abah tapi seumur hidup, mmg anak bongsu lelaki abah yang sorang ni tak pernah kena rotan maupun jentiknya. Cukuplah ayat power abah, sekali kena syarahannya mmg tobat la tak buat lagi….aku mmg respect abah, dia mmg good motivator. Orang selalu kata kalaulah abah panjang umur, maybe he will be somebody now. Kawan-kawan dia dulu byk dah jadi somebody skrg, tgk dorang kekadang terfikir lak…ingat ke lagi dorang kat abah? Entahlah…lantaklah.Resam dunia, sampai masa kita pergi jua...tak perlu harapkan org ingat kita.
Apapun tanggapan orang terhadap abah, aku tak pernah peduli. Cukuplah abah yang aku kenal...mana ada manusia yg sempurna, dia nampak garang tp cukup sensitif, cukup berdisplin. Kami tau walaupun kisah abah macam2 tapi ramai orang sayangkannya...kalau tak takkanlah sampai penuh masjid masa sembahyang jenazah abah sampai aku pun tak muat. Mula2 dia meninggal pun, tak menang tangan kami nak jwb call nak confirmkan pemergiannya, ramai yg menangis sesetengahnya kami tak pernah kenal. Tulah abah...yang pasti bila abah pergi banyak yang berubah, cara hidup kami sekeluarga pun dah tak sama...tak pernah lagi sama.
“Tanpa abah, you need to be strong and pandai jaga diri” (ayat mak masa abah meninggal)….that why lepas rs tenang sket mlm td I nekad….i will move on…moga abah juga restui aku. Saat ni terasa saat paling susah sejak abah pergi dan betapa I need him very much.
Hari ni juga tetiba rs nak sgt balik kg jumpa mak and “jenguk” abah (tiap kali gi kubur abah, I will “inform” him about me, dah abih blaja even tak futher overseas cam abah nak, dah keje, dah itu, dah ini bla bla)… tapi coz komitmen lain and kena siapkan assignment aku kuatkan jugak semangat….sabar….ni dugaanNYA…insyaAllah, balik mengundi nanti boleh ‘jenguk’ abah.
Buat yang masih punya orang tua, sayangi mereka, hormati mereka, lakukan apa jua yang terbaik untuk mereka kerana apabila mereka pergi…tiada apa lagi yang dapat menggantikan mereka. Believe me, mereka cukup berharga dan kadang2 kita hanya sedar itu semua setelah mereka tiada….macam apa yg aku rasa bila abah dah tiada.
ABAH….AMPUN MAAF ATAS SILAP DAN SALAH , TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA YANG ABAH KORBANKAN WALAUPUN ABAH CUMA MENJAGA & MENDIDIK AKU HANYA 18 TAHUN, TAPI SEMANGAT, NASIHAT DAN DORONGAN ABAH TETAP BERSEMADI DALAM JIWA DAN MENJADI AZIMAT SEPANJANG HIDUP INI.
MOGA ABAH TENANG DAN BAHAGIA DISISINYA….AMIN. AL-FATIHAH BUAT ARWAH HAJI JALALUDDIN BIN ZAINAL ABIDIN (MENINGGAL DUNIA 01.10.1998).

ayah ..
belumpun ada satu hari yang berlalu
tanpa ku mengenangmu ..
terkilan hati ini menerima hakikat
kau tak berkesempatan menyaksikan hasil perjuanganku
percayalah ayah ..
selagi hidup ini, nasib ibu tidak akan dipersiakan
kami rindu ayah ..
sering ku tanya mana tujuan
namun hampa jawapannya
begitupun masa tiada mengizinkan
perginya tinggalkan semua
perjuangan diperjuangkan
demi Tuhan dia rela
menghitung hari-hari mengenangkan kembali
perginya bertemu Ilahi
bilakah pasti
ayah .. demi Tuhan ku bersyukur
petunjukNya menyedarkan kita
meskipun dosa tiap hari ku pinta
agar bersih semuanya
penderitaan dan perjuangan
jasamu tetap ku kenang
suatu yang sedih bergumpal di hati
tiada mampu ku beri
hanya doa terukir setulusnya murni
ku pinta padaMu Ilahi
setiap hari
ayah .. demi Tuhan ku bersyukur
petunjukNya menyedarkan kita
meskipun dosa tiap hari ku pinta
agar bersih semuanya
penderitaan dan perjuangan
jasamu tetap ku kenang
No comments:
Post a Comment