Saturday, March 8, 2008

I'm moving...


Halu....

Thanks for visiting but i won't be posting here anymore.

Now i'm moving to http://www.najedlife.blogspot.com (double click here).

See you there!!

Ciao.

Saturday, March 1, 2008

A night to remember??

This is our 2008 annual dinner. Good date ha....29.02.08, tahun lompat yg dtg 4 thn sekali. The theme is Wajah Wajah PNB as appreciation to all the tenaga kerja/ penggerak PNB over the 30 years...we celebrate our company 30th Anniversary this year.Wajah Wajah? so nak pakai ape? actually the theme make us difficult to decide what to wear that night. Erm...PNB dah ada sejak era 7oan, 80an, 90an and 2K, pilihlah pakaian yg ada pd era tu....camtu jawapan PR bila ditanya. I know its a hard work to my friend Roslan (our PR officer) to explain to us about the dress code but after the dinner, i know he do it well. Rasanya Buletin Board about the dress dah overshadow grand prize...sampai Jagee yg dpt LCD pun cam takde perasaan ha ha ha...

It's not me but why not??....tulah yg terfikir bila skali lg joint my last year group for the dinner...ha ha...hentam je la...for fun. Surprisingly, ramai sgt yg dtg dress up gila2 mlm tu....best la dorang ni. Abg Hashim (aka malaikat maut) menang lagi best dress individu bila menjelma jd our 1st Chairman, Arwah Tun Ismail Mohamed Ali...sayangnya Alias tak lekat apa2 mlm ni. Yang lain2 pun best gak....n management pun ada yg sporting sgt. Tu yang best tu, time keje, pro....time enjoy, enjoy...cayalah.

Makanan mlm tu biasa je...Chinese food. Masuk e 3rd course dah kenyang...mkn main2 je. Tunggu Freedo and Search je nak nyanyi....n of course the Lucky Draw. This year penat sgt nak monitor lucky draw gift purchasing for the dinner....mcm2 hal, dah dkt kul 5 ptg dinner tu baru la setel....ingatkan lekat la satu tp harammmm...takde rezeki (dah 2 tahun dah miss lucky draw ni...pahal nih...huhu).
Actually, ada 4 penyanyi mlm ni....Musli Ramlee (aka P Ramlee celup), Salimah Mahmood, Freedo (Flybits) and Search. Tp, 2 artis terawal to unable to grab my attention. Just when suara Freedo start berkumandang....terus stop makan....1st song "Kenangan Lalu" is my favourite song (actually my favourite k'oke song he he), lagu2 lain tu tak tau sgt coz Freedo ni pun bkn masa my era pun tp ada la lagu dia yg bole lyn. Suara dia sedap walau dah berumur. Paling best bila Freedo finale song was "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta", he he...another my fav K'oke song....jiwang??? lantaklah.Search as the last performer mmg pukul habis la....tp sayangnya unplugged je (show korporat kan....kasi rock kapak kang staff naik hantu, committee gak yg menjawab). Lagu Search/ Amy byk sgt yg favourite so rs tak puas jugak for 30 minit punya slot...papun takpelah, daripada takde.
Erm...for the best dress group n perfect 10, kitaorg menang lagi tahun ni....alhamdulillah RM2,000 dlm tangan. Yang bestnya, ketua judge Vaneeda Imran....bini org yg tetap cun cam anak dara tu, dpt le borak ngn dia ms nak amik hadiah....so sweet ha ha. Our MC "yang kontroversi" that night Shamsul Ghau Ghau n Hajjah Shiela Rosli....regu Apa Apa Aje TV3. Bole la depa berdua ni even rasa Shamsul lagi best ms jd MC my graduation dinner 6 years ago.Yang tak best selain tak menang lucky draw ialah kena byr parking kat MO sampai RM14 coz lupa amik cop kat registration. Lain2 ok la....committee pun dah masak nak arrangekan, buat event bukan senang ma. Doorgift thumbdrive tu pun ok kan. Yelah nak komplen lebih2 try la next year lantik diri sendiri jadi committee...amacam?
Papun, the best ever dinner for me still my 1st ever dinner at PNB, ms Alleycats kan..............mesti ramai yg setuju ni. Tak setuju pun takpe....x pedulik he he.

So, ni jelah about our annual dinner this yr. Ikut nak cerita byk lagi tp malas....weekend ni pun bukannya dpt rest pun, ada kursus....kursus???? ala kursus...kursus yang tu....semua org suka kursus tu....KURSUS XXXXXX (and i keep on smiling....he he)...

Friday, February 29, 2008

Pagi yang cerah

1st in the office today....rekod, 6.49 am mmg betul2 rekod. Esp dah la shift pukul 9.

Last night my group still cari something for me, last touch kononnya. So, mlm td alang2 dah turun KL so my friend suruh je bermlm kat umh dia kat Alam Damai, Cheras.....i ok jelah coz dh lama pun x lepak2 sana. Papun just cari brg kat Downtown Bdr Tun Razak and end up makan steamboat sblm balik and tido.

My friend ni mmg kuar rmh awai nak ke opis....5.45 dah bangun, mandi, sempat subuh and terus gerak. Dah lama tak drive, so try park keta kat LRT Ampang Park....nampaknya semua naik harga, now dah RM6 per entry kat sini...erm, nasiblah sape yg drive tiap2 hari n xde season parking.

Pagi ni nmpaknya bole le lepak ngn kawan2...breakfast kat JUMPA dulu yea, yea....have a nice day.

Oh ye, mlm ni premiere "Malaysia Version No Country For Old Man" at Mandarin Oriental Hotel.......ha ha ha! lantak....gasak....

Wednesday, February 27, 2008

Kerana dia manusia biasa..


Hari ni masih hr yg sibuk mcm selalu, malah terpaksa dtg lbh awal coz meeting bermula 1/2 jam lebih awal dr time kerja, then, berkejar kesana kemari, meeting situ sini, dept lunch kat Desa Pandan n macam2 la...dah lewat petang baru nak amik nafas, ada e-mail masuk, rupanya akak sebelah yg forwardkan...she ask me to read it....oic, ha ha...ada maksud rupanya.

Just to share the email, for those yg berminat nak amik ikhtibar...

Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. .... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi.

Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual, hanya berdua. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya.Dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************************************************************************************

Kepada XXXX

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda .................untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa..Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************************************************************************************

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa....... . " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak, lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'.

Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.
Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci, cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam


Monday, February 25, 2008

No Country For Old Man...premiere 29.02.08

No Country For Old Man won best picture at Academy Award 2008 this morning. Below is The Making Of Malaysian Version No Country For Old Man....Premiere 29.02.08 only at M.O.H.




p/s : the title should be interpret positively.

To be continue...

Abah….

It's suppose to be the most important time in my life....should be the happiest one...but along the way, there is sadness in my heart.

I miss him so much….. I not easily cry even at the time I was informed that abah leave us forever. That day, I just cried when I saw him terbujur kaku. The night after pengkebumian abah, when I tried to sleep, the tears just automatically start when I still feel his existence as usual. Abah selalu busy sgt…malam2 bila dia balik, I already dah nak tido so dengar bunyi kereta dia kat depan rumah, dia masuk and letak kunci atas rak and bukak pintu my room….just to check me (normally I dah pejamkan mata tp sedar lagi)...so benda2 tu la yg I teringat sgt that night. Melupakan abah tak mungkin tapi membiasakan diri tanpa kehadirannya kami semua dah mampu lakukan kerana yang pergi takkan kembali, yg hidup perlu terus melangkah ke depan.

This year genap 10 tahun abah pergi… I write this entry bukan about the 10th years anniversary tp bcoz last night…..rasa sebak, jatuh jugak airmata yg mmg susah sgt nak keluar tu….its just happen after a long time…just bcoz teringatkan dia lepas apa yg berlaku mlm tadi.

“….KALAULAH ABAH ADA LAGI” was my last sentence in my sms to my older brother last midnight. Kenapa/ macamana ayat tu boleh keluar biarlah menjadi rahsia. Cuma, masa tu takde benda lain yang terlintas kat kepala melainkan abah. I'm not anak manja abah tapi seumur hidup, mmg anak bongsu lelaki abah yang sorang ni tak pernah kena rotan maupun jentiknya. Cukuplah ayat power abah, sekali kena syarahannya mmg tobat la tak buat lagi….aku mmg respect abah, dia mmg good motivator. Orang selalu kata kalaulah abah panjang umur, maybe he will be somebody now. Kawan-kawan dia dulu byk dah jadi somebody skrg, tgk dorang kekadang terfikir lak…ingat ke lagi dorang kat abah? Entahlah…lantaklah.Resam dunia, sampai masa kita pergi jua...tak perlu harapkan org ingat kita.

Apapun tanggapan orang terhadap abah, aku tak pernah peduli. Cukuplah abah yang aku kenal...mana ada manusia yg sempurna, dia nampak garang tp cukup sensitif, cukup berdisplin. Kami tau walaupun kisah abah macam2 tapi ramai orang sayangkannya...kalau tak takkanlah sampai penuh masjid masa sembahyang jenazah abah sampai aku pun tak muat. Mula2 dia meninggal pun, tak menang tangan kami nak jwb call nak confirmkan pemergiannya, ramai yg menangis sesetengahnya kami tak pernah kenal. Tulah abah...yang pasti bila abah pergi banyak yang berubah, cara hidup kami sekeluarga pun dah tak sama...tak pernah lagi sama.

“Tanpa abah, you need to be strong and pandai jaga diri” (ayat mak masa abah meninggal)….that why lepas rs tenang sket mlm td I nekad….i will move on…moga abah juga restui aku. Saat ni terasa saat paling susah sejak abah pergi dan betapa I need him very much.

Hari ni juga tetiba rs nak sgt balik kg jumpa mak and “jenguk” abah (tiap kali gi kubur abah, I will “inform” him about me, dah abih blaja even tak futher overseas cam abah nak, dah keje, dah itu, dah ini bla bla)… tapi coz komitmen lain and kena siapkan assignment aku kuatkan jugak semangat….sabar….ni dugaanNYA…insyaAllah, balik mengundi nanti boleh ‘jenguk’ abah.

Buat yang masih punya orang tua, sayangi mereka, hormati mereka, lakukan apa jua yang terbaik untuk mereka kerana apabila mereka pergi…tiada apa lagi yang dapat menggantikan mereka. Believe me, mereka cukup berharga dan kadang2 kita hanya sedar itu semua setelah mereka tiada….macam apa yg aku rasa bila abah dah tiada.

ABAH….AMPUN MAAF ATAS SILAP DAN SALAH , TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA YANG ABAH KORBANKAN WALAUPUN ABAH CUMA MENJAGA & MENDIDIK AKU HANYA 18 TAHUN, TAPI SEMANGAT, NASIHAT DAN DORONGAN ABAH TETAP BERSEMADI DALAM JIWA DAN MENJADI AZIMAT SEPANJANG HIDUP INI.

MOGA ABAH TENANG DAN BAHAGIA DISISINYA….AMIN. AL-FATIHAH BUAT ARWAH HAJI JALALUDDIN BIN ZAINAL ABIDIN (MENINGGAL DUNIA 01.10.1998).



ayah ..
belumpun ada satu hari yang berlalu
tanpa ku mengenangmu ..
terkilan hati ini menerima hakikat
kau tak berkesempatan menyaksikan hasil perjuanganku
percayalah ayah ..
selagi hidup ini, nasib ibu tidak akan dipersiakan
kami rindu ayah ..

sering ku tanya mana tujuan
namun hampa jawapannya
begitupun masa tiada mengizinkan
perginya tinggalkan semua

perjuangan diperjuangkan
demi Tuhan dia rela
menghitung hari-hari mengenangkan kembali
perginya bertemu Ilahi
bilakah pasti

ayah .. demi Tuhan ku bersyukur
petunjukNya menyedarkan kita
meskipun dosa tiap hari ku pinta
agar bersih semuanya
penderitaan dan perjuangan
jasamu tetap ku kenang

suatu yang sedih bergumpal di hati
tiada mampu ku beri
hanya doa terukir setulusnya murni
ku pinta padaMu Ilahi
setiap hari

ayah .. demi Tuhan ku bersyukur
petunjukNya menyedarkan kita
meskipun dosa tiap hari ku pinta
agar bersih semuanya
penderitaan dan perjuangan
jasamu tetap ku kenang

Sunday, February 17, 2008

Critical Period (ICU)

Pagi ahad, tapi dorongan nak bangun tu mcm hari kerja...dalam kepala mcm2 benda. Rasa syukur coz takde isu sgt pasal kerja, tp next week, tempoh kritikal nak siapkan assignment Finsia Gdafi. 2 last paper ni Technical Analysis & Futures Market and Trading agak mencabar esp utk TA.

Papun, mesti try gak setelkan....macamana??? maybe ini dpt membantu...

a. habis keje, balik terus, rest, pas maghrib terus buat assign

b. till 26/2, stop tgk tv, internet......dpt kurangkan pun ok dah kot.

c. cari past assign fr kwn2 yg pernah amik....bukan tiru pun tp nak tgk style jawab yg dpt markah byk...sempat lg nih..

d. sindiket???? he he....

GO GO Ciao!!!