This is our 2008 annual dinner. Good date ha....29.02.08, tahun lompat yg dtg 4 thn sekali. The theme is Wajah Wajah PNB as appreciation to all the tenaga kerja/ penggerak PNB over the 30 years...we celebrate our company 30th Anniversary this year.Wajah Wajah? so nak pakai ape? actually the theme make us difficult to decide what to wear that night. Erm...PNB dah ada sejak era 7oan, 80an, 90an and 2K, pilihlah pakaian yg ada pd era tu....camtu jawapan PR bila ditanya. I know its a hard work to my friend Roslan (our PR officer) to explain to us about the dress code but after the dinner, i know he do it well. Rasanya Buletin Board about the dress dah overshadow grand prize...sampai Jagee yg dpt LCD pun cam takde perasaan ha ha ha...
It's not me but why not??....tulah yg terfikir bila skali lg joint my last year group for the dinner...ha ha...hentam je la...for fun. Surprisingly, ramai sgt yg dtg dress up gila2 mlm tu....best la dorang ni. Abg Hashim (aka malaikat maut) menang lagi best dress individu bila menjelma jd our 1st Chairman, Arwah Tun Ismail Mohamed Ali...sayangnya Alias tak lekat apa2 mlm ni. Yang lain2 pun best gak....n management pun ada yg sporting sgt. Tu yang best tu, time keje, pro....time enjoy, enjoy...cayalah. Makanan mlm tu biasa je...Chinese food. Masuk e 3rd course dah kenyang...mkn main2 je. Tunggu Freedo and Search je nak nyanyi....n of course the Lucky Draw. This year penat sgt nak monitor lucky draw gift purchasing for the dinner....mcm2 hal, dah dkt kul 5 ptg dinner tu baru la setel....ingatkan lekat la satu tp harammmm...takde rezeki (dah 2 tahun dah miss lucky draw ni...pahal nih...huhu). Actually, ada 4 penyanyi mlm ni....Musli Ramlee (aka P Ramlee celup), Salimah Mahmood, Freedo (Flybits) and Search. Tp, 2 artis terawal to unable to grab my attention. Just when suara Freedo start berkumandang....terus stop makan....1st song "Kenangan Lalu" is my favourite song (actually my favourite k'oke song he he), lagu2 lain tu tak tau sgt coz Freedo ni pun bkn masa my era pun tp ada la lagu dia yg bole lyn. Suara dia sedap walau dah berumur. Paling best bila Freedo finale song was "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta", he he...another my fav K'oke song....jiwang??? lantaklah.Search as the last performer mmg pukul habis la....tp sayangnya unplugged je (show korporat kan....kasi rock kapak kang staff naik hantu, committee gak yg menjawab). Lagu Search/ Amy byk sgt yg favourite so rs tak puas jugak for 30 minit punya slot...papun takpelah, daripada takde. Erm...for the best dress group n perfect 10, kitaorg menang lagi tahun ni....alhamdulillah RM2,000 dlm tangan. Yang bestnya, ketua judge Vaneeda Imran....bini org yg tetap cun cam anak dara tu, dpt le borak ngn dia ms nak amik hadiah....so sweet ha ha. Our MC "yang kontroversi" that night Shamsul Ghau Ghau n Hajjah Shiela Rosli....regu Apa Apa Aje TV3. Bole la depa berdua ni even rasa Shamsul lagi best ms jd MC my graduation dinner 6 years ago.Yang tak best selain tak menang lucky draw ialah kena byr parking kat MO sampai RM14 coz lupa amik cop kat registration. Lain2 ok la....committee pun dah masak nak arrangekan, buat event bukan senang ma. Doorgift thumbdrive tu pun ok kan. Yelah nak komplen lebih2 try la next year lantik diri sendiri jadi committee...amacam? Papun, the best ever dinner for me still my 1st ever dinner at PNB, ms Alleycats kan..............mesti ramai yg setuju ni. Tak setuju pun takpe....x pedulik he he.
So, ni jelah about our annual dinner this yr. Ikut nak cerita byk lagi tp malas....weekend ni pun bukannya dpt rest pun, ada kursus....kursus???? ala kursus...kursus yang tu....semua org suka kursus tu....KURSUS XXXXXX (and i keep on smiling....he he)...
1st in the office today....rekod, 6.49 am mmg betul2 rekod. Esp dah la shift pukul 9.
Last night my group still cari something for me, last touch kononnya. So, mlm td alang2 dah turun KL so my friend suruh je bermlm kat umh dia kat Alam Damai, Cheras.....i ok jelah coz dh lama pun x lepak2 sana. Papun just cari brg kat Downtown Bdr Tun Razak and end up makan steamboat sblm balik and tido.
My friend ni mmg kuar rmh awai nak ke opis....5.45 dah bangun, mandi, sempat subuh and terus gerak. Dah lama tak drive, so try park keta kat LRT Ampang Park....nampaknya semua naik harga, now dah RM6 per entry kat sini...erm, nasiblah sape yg drive tiap2 hari n xde season parking.
Pagi ni nmpaknya bole le lepak ngn kawan2...breakfast kat JUMPA dulu yea, yea....have a nice day.
Oh ye, mlm ni premiere "Malaysia Version No Country For Old Man" at Mandarin Oriental Hotel.......ha ha ha! lantak....gasak....
Hari ni masih hr yg sibuk mcm selalu, malah terpaksa dtg lbh awal coz meeting bermula 1/2 jam lebih awal dr time kerja, then, berkejar kesana kemari, meeting situ sini, dept lunch kat Desa Pandan n macam2 la...dah lewat petang baru nak amik nafas, ada e-mail masuk, rupanya akak sebelah yg forwardkan...she ask me to read it....oic, ha ha...ada maksud rupanya.
Just to share the email, for those yg berminat nak amik ikhtibar...
Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. .... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......
Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..
Kerana Dia Manusia Biasa ...
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi.
Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.
Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.
Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.
Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).
Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.
Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual, hanya berdua. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya.
Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.
"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya.Dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia ketawa geli hati.
"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya
Assalamu'alaikum Wr Wb
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.
Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda .................untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.
Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.
Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa..Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.
Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.
Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.
Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.
Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.
Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia......?"
"Kerana dia manusia biasa....... . " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.
Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak, lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'.
Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah.
Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.
Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?
Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci, cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.
No Country For Old Man won best picture at Academy Award 2008 this morning. Below is The Making Of Malaysian Version No Country For Old Man....Premiere 29.02.08 only at M.O.H.
It's suppose to be the most important time in my life....should be the happiest one...but along the way, there is sadness in my heart.
I miss him so much….. I not easily cry even at the time I was informed that abah leave us forever. That day, I just cried when I saw him terbujur kaku. The night after pengkebumian abah, when I tried to sleep, the tears just automatically start when I still feel his existence as usual. Abah selalu busy sgt…malam2 bila dia balik, I already dah nak tido so dengar bunyi kereta dia kat depan rumah, dia masuk and letak kunci atas rak and bukak pintu my room….just to check me (normally I dah pejamkan mata tp sedar lagi)...so benda2 tu la yg I teringat sgt that night. Melupakan abah tak mungkin tapi membiasakan diri tanpa kehadirannya kami semua dah mampu lakukan kerana yang pergi takkan kembali, yg hidup perlu terus melangkah ke depan.
This year genap 10 tahun abah pergi… I write this entry bukan about the 10th years anniversary tp bcoz last night…..rasa sebak, jatuh jugak airmata yg mmg susah sgt nak keluar tu….its just happen after a long time…just bcoz teringatkan dia lepas apa yg berlaku mlm tadi.
“….KALAULAH ABAH ADA LAGI” was my last sentence in my sms to my older brother last midnight. Kenapa/ macamana ayat tu boleh keluar biarlah menjadi rahsia. Cuma, masa tu takde benda lain yang terlintas kat kepala melainkan abah. I'm not anak manja abah tapi seumur hidup, mmg anak bongsu lelaki abah yang sorang ni tak pernah kena rotan maupun jentiknya. Cukuplah ayat power abah, sekali kena syarahannya mmg tobat la tak buat lagi….aku mmg respect abah, dia mmg good motivator. Orang selalu kata kalaulah abah panjang umur, maybe he will be somebody now. Kawan-kawan dia dulu byk dah jadi somebody skrg, tgk dorang kekadang terfikir lak…ingat ke lagi dorang kat abah? Entahlah…lantaklah.Resam dunia, sampai masa kita pergi jua...tak perlu harapkan org ingat kita.
Apapun tanggapan orang terhadap abah, aku tak pernah peduli. Cukuplah abah yang aku kenal...mana ada manusia yg sempurna, dia nampak garang tp cukup sensitif, cukup berdisplin. Kami tau walaupun kisah abah macam2 tapi ramai orang sayangkannya...kalau tak takkanlah sampai penuh masjid masa sembahyang jenazah abah sampai aku pun tak muat. Mula2 dia meninggal pun, tak menang tangan kami nak jwb call nak confirmkan pemergiannya, ramai yg menangis sesetengahnya kami tak pernah kenal. Tulah abah...yang pasti bila abah pergi banyak yang berubah, cara hidup kami sekeluarga pun dah tak sama...tak pernah lagi sama.
“Tanpa abah, you need to be strong and pandai jaga diri” (ayat mak masa abah meninggal)….that why lepas rs tenang sket mlm td I nekad….i will move on…moga abah juga restui aku. Saat ni terasa saat paling susah sejak abah pergi dan betapa I need him very much.
Hari ni juga tetiba rs nak sgt balik kg jumpa mak and “jenguk” abah (tiap kali gi kubur abah, I will “inform” him about me, dah abih blaja even tak futher overseas cam abah nak, dah keje, dah itu, dah ini bla bla)… tapi coz komitmen lain and kena siapkan assignment aku kuatkan jugak semangat….sabar….ni dugaanNYA…insyaAllah, balik mengundi nanti boleh ‘jenguk’ abah.
Buat yang masih punya orang tua, sayangi mereka, hormati mereka, lakukan apa jua yang terbaik untuk mereka kerana apabila mereka pergi…tiada apa lagi yang dapat menggantikan mereka. Believe me, mereka cukup berharga dan kadang2 kita hanya sedar itu semua setelah mereka tiada….macam apa yg aku rasa bila abah dah tiada.
ABAH….AMPUN MAAF ATAS SILAP DAN SALAH , TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA YANG ABAH KORBANKAN WALAUPUN ABAH CUMA MENJAGA & MENDIDIK AKU HANYA 18 TAHUN, TAPI SEMANGAT, NASIHAT DAN DORONGAN ABAH TETAP BERSEMADI DALAM JIWA DAN MENJADI AZIMAT SEPANJANG HIDUP INI.
MOGA ABAH TENANG DAN BAHAGIA DISISINYA….AMIN. AL-FATIHAH BUAT ARWAH HAJI JALALUDDIN BIN ZAINAL ABIDIN (MENINGGAL DUNIA 01.10.1998).
ayah .. belumpun ada satu hari yang berlalu tanpa ku mengenangmu .. terkilan hati ini menerima hakikat kau tak berkesempatan menyaksikan hasil perjuanganku percayalah ayah .. selagi hidup ini, nasib ibu tidak akan dipersiakan kami rindu ayah ..
sering ku tanya mana tujuan namun hampa jawapannya begitupun masa tiada mengizinkan perginya tinggalkan semua
perjuangan diperjuangkan demi Tuhan dia rela menghitung hari-hari mengenangkan kembali perginya bertemu Ilahi bilakah pasti
ayah .. demi Tuhan ku bersyukur petunjukNya menyedarkan kita meskipun dosa tiap hari ku pinta agar bersih semuanya penderitaan dan perjuangan jasamu tetap ku kenang
suatu yang sedih bergumpal di hati tiada mampu ku beri hanya doa terukir setulusnya murni ku pinta padaMu Ilahi setiap hari
ayah .. demi Tuhan ku bersyukur petunjukNya menyedarkan kita meskipun dosa tiap hari ku pinta agar bersih semuanya penderitaan dan perjuangan jasamu tetap ku kenang
Pagi ahad, tapi dorongan nak bangun tu mcm hari kerja...dalam kepala mcm2 benda. Rasa syukur coz takde isu sgt pasal kerja, tp next week, tempoh kritikal nak siapkan assignment Finsia Gdafi. 2 last paper ni Technical Analysis & Futures Market and Trading agak mencabar esp utk TA.
Papun, mesti try gak setelkan....macamana??? maybe ini dpt membantu...
a. habis keje, balik terus, rest, pas maghrib terus buat assign
b. till 26/2, stop tgk tv, internet......dpt kurangkan pun ok dah kot.
c. cari past assign fr kwn2 yg pernah amik....bukan tiru pun tp nak tgk style jawab yg dpt markah byk...sempat lg nih..
Today,our sport club organize main2 paintball kat Mud Trekker, Kuang. Dalam 40 org yg joint & majoritinya 1st time main including me. They divide us into 5 groups and the lawan satu2….in total satu group main 4 game. My team members is bard, zamil, nal, nas, yati and mas. Kita org namakan team kitaorg hornets based on topi yg nal pakai pagi tu….gasak le.
Semua team dikira point based on number of group members yg hidup setiap game and kalau dapat rampas flag kat kubu musuh, bawak balik ke kubu kita kira game over la. Actually, my group nasib tak baik coz dalam 4 game 3 kali undi kena dapat kubu position menyerang….my point is, bila kita serang tempat org, org tu coz tmpat dia, so their position is better (defensive)….kami yg menyerang ni most of the time merangkak, membongkok but the opponent boleh siap berdiri target nak shot. This is based on my experience yg sekali dapat belah yg best tu. That y la kita org kalah…he he.
Actually, strategy kitaorg yg kureng kot coz ada 2 team yg dpt belah susah tu bole menang siap dpt flag lagi…he he. Papun kitaorg semua hepi la hari tu even badan sakit2. yang paling sakit actually kena tembak la. Me, myself mati dlm 3 game tp 1 das yang kena jarak dekat tu mmg perit gila….terus bengkak…aiyooo….ni la penangan ‘pain’ball. Kalau ada peluang nak main lagi….thanks asyrul for organizing. Layan la gambar2 tu...tp terhad coz takleh kuar dr safety zone. Kira ok la kan.
Last saturday, pergi Lot 10 for hair treatment bcoz my hair dah mula ada problem rambut gugur & uban yg mula perlu diberi perhatian. Biasalah sindrom org tua...kitakan dah berumur huhu. 1st session sepatutnya ambik masa jugak tp coz traffic quite heavy that day so I arrived at Lot 10 lmbt dari appointment time and terpaksa mintak dorang cepat2 siapkan. Nak buat camne, nak kejar masa tak Asar lagi pas tu nmpk kat Isetan ada sale lak he he....alang2 dah byr parking RM7, patut utilise abis2. Then, tgk2 dah masuk Maghrib….alamak! camne ni? pukul 8.30 pm rehearsal start. Sempat ke ni?
Papun, maghrib jugak kat Lot 10, terus rushing balik, jalan still jam lagi, terpaksa la cilok sana sini, tambah dgn hujan pulak…kat KL Seremban Hway, jln jam teruk… sempat cilok masuk KL Putrajaya and turun kat Bkt Jalil. Ada accident kat KL Putrajaya masa ni (maybe this is 1st ever accident at the h/way), mujur arah ke KL, teruk gak la remuk kereta Waja tu, terbabas rasanya.
Tonight, tgk Full Rehearsal Anugerah Juara Lagu Ke 22 kat Stad Putra, Bukit Jalil…yea..yea. Dapat tgk rehersal AJL ni pun kira ok coz real event mlm td on Sunday, esoknya kerja so I x prefer sgt nak kuar bersosial ha ha. Tambah2 rasa lagi best dtg rehersal coz dpt dok betul2 depan stage yg mlm sebenar VIP je layak dok situ. So, semua dah tau result AJL 22 mlm td. For me resultnya ok la..semua bagus2, dah rezeki Rich and Estranged. Kalau Kaer ada nyanyi sendiri maybe i’ll choose Izinku Pergi la juara ha ha..papun Shahri has done a good job…menang Balada. Actually, even Izinku Pergi lagu fav...tp mlm td I takde feeling langsung ms lagu tu, tambah lak ada sketsa, sajak whatever…rasa keji sgt ha ha ha. Masa lagu tu byk la sms masuk dr family n friends yg tau I suka lagu tu. Susah2 je korang hantar sms takziah tu huhu…thanks la.
Ikutkan "Harapan" lagu yg cukup kuat nak menang, tp cam ada something missing ngn persembahan Fazli Zainal, kesian gak kat dia. Maybe dia kena releks sket la…takut tgk dia menjerit he he (for me la), masa raptai nervous dia x obvious sgt tp mlm td mcm out of control lak. Bob lak suara mantap cam slalu tp tetap terkucil n lupa lirik even LCD besar atas stage tayang lirik, dengarnya notice 24hrs ganti ajai pas accident Faizal Tahir tu. Malam raptai lagi kelakar tgk Bob nyanyi sambil tgk lirik dlm hphone je…kesian Bob.This yr selain sejarah paling ramai bertanding...tahun ni pun paling banyak penyanyi gantian...papun semua pengganti tu bagus2 dan tak mengecewakan.
Mawi menang best performance? Frankly speaking, masa raptai, Mawi punya performance mmg memikat, lots of fun and very entertaining (sori, I bukan die hard fan mawi)…just mlm td tgk kat tv x terasa sgt. Ha…for AJL la mmg sebenarnya tgk live lg best. Kat tv camera movement dia buat penonton byk miss part2 menarik. Mcm lain2 anugerah I prefer tgk kat tv je coz so far gi real event sumanya suck....aew! Oklah, nak citer panjang2 pun tgh busy…ha..starting today my opis hour from 9 to 6, waktu anjal. Saja choose masuk kul 9 coz x pernah balik awal pun so at least I tak terkejar2 sgt pagi. Target nak gunakan masa sejam tu buat masa ni study dulu coz next mth kena hantar assignment, exam lak end of march and awal april.
This is my personal foto during the rehearsal. Guna hphone je coz digi cam tertinggal kat opis….so kualiti out…huhuhu.
On the way ke opis pagi tadi, kat laluan motor tol Salak Selatan tetiba polis tahan sorang2 penunggang motor inform start 7 pagi td tak dibenarkan dah motor guna highway ni…kalau tak kena saman. Punya la tension...apahal lak takleh dah guna KL Putrajaya Highway ni???
Dgr sosek2, Kementerian Kerja Raya tak benarkan motor gunakan highway tu for safety reason…..coz takde laluan motosikal. Hello? Hangpa yg buat highway tu without laluan motor tu saper suruh…..
Kalau diikutkan, dlm byk2 highway kat Lembah Klang ni cuma Kesas dan Federal H/way je yg ada laluan motor so kenapa tak cakap je ban motosikal guna jalan kat KL….tau le hangpa masa pilihanraya nanti…ops!
Actually my argument bukan apa, I’m also one of ribuan (maybe jutaan) penunggang motosikal kat KL. Like me, I love to use the public transport esp LRT kalau its proven efficient and less problem tp so far out. Macam dok Keramat dulu, public transport quite ok. La ni, I move to Bandar Kinrara, Puchong…jangankan LRT, Rapid KL pun takde kat my laluan. LRT paling dekat Bukit Jalil kira2 10 kilo dari rumah, dah tu STAR (takpelah bole ampun la as long as LRT). Rapid KL lak lalu kat Highway Bypass Bukit Jalil Puchong and Jalan Puchong?? Nak pi tmpt laluan bas tu bukannya dekat…sori.
Nak drive? Tobat…tambah2 sejak KL Putrajaya tu bukak, waktu pagi kenderaan kat Jln Tun Razak from KL Seremban Highway paling suffer….dari masuk Jln Tun Razak nak ke RHB maunya 30 minit. Depan RHB tu dh jadi bottleneck baru coz now ada 4 jalan bertemu kat situ ( KLP, KLS, SMART & Kg Pandan). Lagipun I need to lend my car to my sis yg baru start keje coz of masalah transport kat Kinrara la. I cannot sacrifice her safety zaman2 skrg ni nak suruh dia jalan kaki sorang2, jauh2 nak dapatkan public transport…Kinrara so far agak sunyi, bahaya.
About penunggang motor, based on my experience, we are like mempertaruhkan nyawa la setiap kali guna highway2 yg takde laluan motor ni. Kat KL Seremban usah cakap la, mmg tak favour penunggang motor langsung, jalan dia tak berapa ok coz kesan2 dia buat lane dulu tu bila tayar motor lalu cam nak terbabas la…belum kira exit/ entrance yg banyak and kereta2 ni tau hentam je masa nak masuk/ keluar exit/ entrance tu.
Bila KLP buka, even laluan motor cuma ada kat Tol je tapi coz jalan dia lebar and kenderaan tak banyak cam KLS, rasa selesa and selamat sket. Cuma coz dia cam elevated sket so in case tayar pancit ke, abis minyak ke…masak gak la. Papun, kan elok ada alternative pd penunggang motor, tak le semua penunggang motor pun kena berebut guna 1 jalan je. Byk motor atas 1 jalan pun bahaya coz boleh accident motor ngn motor, belum kira kenderaan lain yg x pernah pedulik pd kenderaan terkecil ni.
Erm tah la….susah coz org2 yg berkuasa ni tak guna motor, dia tau kereta2 besar menjalar dia je. Mungkin ke coz KLP tu laluan “org2 Putrajaya” so tak layak untuk penunggang motor yg kasta rendah ni….ehem ehem….tepuk dada tanya selera. Sendiri punya ingat la…I'm penyokong kerajaan....income tax pun bayar....tp tgh bengang nih.
I received requisition to rectify something at Stadium Negara. When i arrange the site visit at that Stadium, i received a lots of phone called asking about the location of the Stadium. What the XXXX? Aik! Stadium Negara pun tak tau??
Pas pikir2, tak baik lak kerek kan he he...mentang2 la stadium tu my company punya, mesti la gua tau...kalau Stadium Merdeka lain la cerita mesti ramai yg tau...tambah2 pas 50th Years Malaysia Independence Celebration last year. Yelah, bertungkus lumus kami nak siapkan refurbishment stad tu sempena 50 thn merdeka tu. Byk tenaga, masa, airmata??? dan wang ringgit yg dikorbankan & rasanya berbaloi.
Ok, pasai Stadium Negara. Lokasinya dekat je ngn Stad Merdeka, betul2 kat depan Victoria Institution(VI). Cam Stad Merdeka, Stad Negara skrg selalu jd tempat event esp concert. Last year, i went there for KL Live & Loud 2007 - R&B Nite. Stad ni nak kata uzur,tak jugak tp dah kategori veteran la…
Zaman takde Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dulu, Stad Merdeka and Negara ni la tmpt segala macam events. Masa skuad badminton menang Piala Thomas tahun 1992 dulu pun kat sini la…so dia dah masuk under bangunan bersejarah dah ni.
Takpelah, dengar2 byk plan untuk kedua2 stadium tu, maybe 1 day….stadium nig gah balik and I no need to explain too much the direction tiap kali nak buat briefing kat sini he he…
Ni lebih kurang gambar dlm Stadium Negara, ni pun pakai camera phone je..boleh la kan.
Today, specifically from 12.01 am, KL Putrajaya start collecting the toll....for car, ready to pay RM2.50 at Putrajaya Toll and RM1.50 at Salak Selatan. This morning, on the way to office masih ramai lagi, maybe ramai yg tak tau lg kot toll start today....pas ni maybe sunyi la jalan tu.
Papun, if we are from Bukit Jalil, RM 1.50 still reasonable if taking into consideration the traffic jam we can avoid (+ other hidden costs)...n can save LOTS of time from NEW bottle neck kat depan RHB Jalan Tun Razak now (the new problem when all the vehicles from KL Putrajaya H/way, KL Seremban H/Way, Smart Tunnel and Kg Pandan berlaga pipi there)....ha ha....i'm still with my lovely KRISS la..alhamdulillah syukur.
last sunday, lepak ngn geng sekolah teknik dulu....marhaidi n syed. Actually, both of them are married tp bujang??? PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)...wife dok jauh, tp dua2 tgh tunggu time nak timang baby.
We actually went to wedding our geng lama ms sekolah dulu gak... helmiezadi kat Bangsar. Pas tu jalan2 ke mid valley, main bowling and balik lepak kat umh syed till midnight.
Lepak ngn org dah kawin ni mmg byk dorang share pengalaman hidup bekeluarga dorang yg sethn jagung tu. Paling stress discuss about marhaidi, member tgh tension coz his wife kat Scotland, futher study n nak bersalin lak this mac...member rasa nak resign kerja and temankan his wife...susah!!! tahle...kami pun bole bg pendapat je pd dia...n wait for his final say.
For me, now tgh sibuk kelas till middle feb, setiap selasa n rabu kena tinggalkan office. So, every week just kerja 3 hr je...dah tu kerja menimbun. Tp, i choose tu committed to class coz this is my final sem, 2 last paper n subject tu so called Technical Analysis n Futures Market susah nak blaja sendiri. So far, dah 2 minggu n alhamdulillah kerja bole la cover lagi..... insyaallah. Tp, penat sgt...nak lyn blog pun takde mood.
This yr, ingat nak slow down aktiviti2 sosial tp dpt offer continue untuk Biro Endah, setuju jelah coz ni kerja amal. Papun berjaya decide tak nak joint perarakan hari wilayah even nak gak gi coz as usually time ni la bole beriang ria ngn geng2. Cuma bila offer for MSAM 08 sampai...takleh nak decide lg, niat hati nak bersara coz dh 5 thn dah n tak excited lg dah tp...
Right now, i just hope i will make/ makes the right decision in everythings....including the biggest decision in my life????? Lets the fingers crossed.
Kelip-kelip disangka api Jika api mana puntungnya Hilang ghaib disangka mati Jika mati mana kuburnya.
sape yg biasa dgr lagu Seribu Tahun ni dalam radio maybe tak pernah dgr ayat ni ada dlm lagu ni. Ayat ni macam pantun Imran Ajmain cakap pas lagu ni abis. Very puitis la ayat ni...nak dgr sila la click lagu ni yg ada kat tepi.
Oh ya...HAPPY NEW YEAR TO EVERYBODY. This is my 1st entry for this year. Ha ha...after 2 weeks on leave, back to my daily routine... ada semangat nak improve a few things la. That's maybe one of my new year azam, lain-lain..BIARLAH RAHSIA. So far takde mood nak publish any review about my holiday...tgklah nanti. So, just nak borak pasai lagu Seribu Tahun from Imran Ajmain ni dulu. Kenapa lagu ni?? for me this is among the best songs i ever listen in 2007 (but lagu terbest, VC terbest mestilah IZINKU PERGI huhu). This is e official VC for Seribu Tahun, bole layan.
Lagu ni actually attract me ms jd lagu tema citer Kerana Cintaku Saerah kat TV3 bulan puasa hr tu. Lagu best, cerita best, poster cantik, pelakon pun ok...mmg layan habis la, even kadang2 termiss gak beberapa episod tp for me cerita ni mmg antara drama siri melayu terbaik 2007. Rasanya ramai yg setuju kot. As usual, i will not review this series, layan je la poster dia ni ha ha
About lagu Seribu Tahun, Imran mmg dikurniakan suara yg semulajadi sedap n i really respect le ability Imran untuk tulis lirik yg cukup indah ni. What i know, Imran memang minat Bahasa melayu...ha jarang jumpa org muda cam dia nih. This song make me feel Bahasa Melayu tu bahasa yg cukup indah. Sorang lagu yg pernah make me feel the same thing ialah Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan...masa tu bertugas dlm satu majlis n berdiri sebelah dia masa dia bg ucapan. Bahasa n speech dia mmg rasa best sgt dgr. Papun, i know la i not like them...suka rosakkan bahasa huhu.
Lantaklah...disini dirujuk sebagai biarlah/ tak kisahlah/ peduli hape atau apa saja yg sewaktu dengannya. Bukan berniat mengambil mudah, tapi dalam dunia serba mencabar ini kadang-kadang itu pilihan yang terbaik.
Catatan naif ini hanyalah sekadar berkongsi pendapat atau pengalaman hidup kita yang mungkin berbeza. Catatan disini hanyalah pandangan individu tanpa bermaksud menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Jika ada terlanjur kata harap dimaafi. Mengutuk, menegur tak semestinya benci, memuji tak semestinya menyokong.
Mungkin disini kisah tentang aku, mungkin kamu atau mungkin juga dia...LANTAKLAH ye.